1. Pelajar perlu menduduki ujian kemajuan teori dan amali sebelum menduduki peperiksaan akhir termasuk ujian akhir lisan seperti yang ditetapkan
2. Mana – mana pelajar yang gagal ujian kemajuan dibenarkan membuat pengulangan ujian dalam tempoh masa pembelajaran.
3. Peperiksaan Ujian Amali Akhir dan Ujian Lisan bagi PSME untuk semua kategori kekompetenan seperti yang dikehendaki dan disyaratkan pentauliahan Suruhanjaya Tenaga Malaysia.
4. Pelajar PSME mesti didaftarkan untuk menduduki peperiksaan kekompetanan dengan berpandukan perkara-perkara berikut:
i. Pelajar yang hendak menduduki peperiksaan amali dan lisan mestilah lulus kesemua subjek.
ii. Pelajar yang hendak menduduki peperiksaan teori, amali dan lisan mestilah menghadiri 90%
kelas teori dan amali.
iii. Semua pelajar dikenakan fee peperiksaan mengikut Perturan-peraturan Elektrik 1994.
5. Calon yang gagal Peperiksaan Kekompetenan Suruhanjaya Tenaga dibenarkan memohon Peperiksaan Ulangan dalam tempoh dua (2) tahun selepas menamatkan latihan di KKTM / IKM.
6. Calon dibenarkan menduduki Peperiksaan Kekompetenan Suruhanjaya Tenaga di pusat lain sekiranya KKTM / IKM asal tiada pelajar semester akhir pada sesi berkenaan.