Wednesday, 29 August 2012

TEMUDUGA DAN PEMILIHAN CALON

Semua urusan temu duga dan pemilihan calon pelajar hendaklah dilaksanakan di peringkat KKTM/IKM yang terlibat.

1. Pemilihan calon pelajar untuk ditemu duga hendaklah dibuat
dengan berpandukan kelayakan calon seperti yang disyaratkan
oleh Suruhanjaya Tenaga dengan berpandukan senarai semak
yang disediakan (Lampiran 5).


2. Surat panggilan temu duga kepada calon pelajar dibuat oleh pihak KKTM/IKM setelah semakan dibuat dan diteliti dengan berpandukan Format Surat Panggilan Temuduga yang telah ditetapkan (Lampiran 6).

3. Calon pelajar yang dianggap berjaya akan di senarai pendek dengan mengembalikan Borang PSME 2 dan Borang Permohonan Peperiksaan Suruhanjaya Tenaga – ST(PE) 1 Pind.4/2007 yang
lengkap kepada pihak MARA



PROSES PENDAFTARAN DAN BAYARAN.

1. Calon pelajar yang telah berjaya ditawarkan mestilah membuat pendaftaran di IKM/KKTM seperti yang tercatat dalam surat tawaran yang dikeluarkan oleh IKM/KKTM.

2. Pelajar perlu menjelaskan bayaran semasa sesi pendaftaran dengan kadar bayaran seperti berikut mengikut kategori, pelaksanaan kursus mengambil kira pelajar minima 20 orang.

   Kategori Pendawai 
   i.  PW 2 [6 bulan (240 jam)] - Yuran Pengajian - RM 1700.00 
   ii. PW 4 [4 bulan (240 jam)] - Yuran Pengajian - RM 1800.00 

   Kategori Penjaga Jentera 
   i.   Penjaga Jentera A0 [6 bulan (480 jam)]   - Yuran Pengajian - RM 2400.00
   ii.  Penjaga Jentera A1 [8 bulan (540 jam)]   - Yuran Pengajian - RM 2900.00

   iii. Penjaga jentera  A4 [10 bulan (600 jam)] - Yuran Pengajian - RM 3200.00

  Kategori Modul
  i. Talian Atas Voltan Rendah (80 jam)   - Yuran Pengajian - RM 1500.00
  ii. Penyegerakkan Janakuasa (80 jam)  - Yuran Pengajian - RM 1600.00


3. Lain-lain bayaran seperti nota pembelajaran dan pakaian kerja-kerja amali adalah tertakluk kepada ketentuan oleh pihak IKM/KKTM.

4. Pembayaran perlukan dibayar penuh semasa pendaftaran kursus

PERTANYAAN

Jika terdapat sebarang kemuskilan atau pertanyaan boleh terus menghubungi 

Institut Kemhiran Mara Johor Bahru
Jalan Taruka Off Jalan Datin Halimah,
80990 Johor Bahru

Tel : 07-2370001 samb PJE / EDI

Atau boleh terus menghubungi

En Hairi b. Abdul Rahman 
(Ketua Jabatan Elektrik)                                       
0139468977

En Bisman b. Wagiman 
(Penyelaras Program Penjaga Jentera)                 
0197772434

En Mohd Ishak b. Abdul Hamid 
(Peyelaras Program Elektrik Domestik) 
0197718115

WAKTU & MASA PEMBELAJARAN


BIL
KURSUS
MASA & WAKTU
PEMBELAJARN

1

Penjaga Jentera Elektrik
A0

(Berumur 20 tahun ke atas)

Setiap hari isnin, selasa dan rabu – 4 jam
6.00 ptg  – 11.00 mlm

Setiap sabtu atau ahad – 8 jam
8.00 pg  – 5.00 ptg

Selama 6 bulan – 480 jam


2

Penjaga Jentera Elektrik
A1

Setiap hari isnin, selasa dan rabu – 3 jam
6.00 ptg –10.00 mlm

Setiap sabtu atau ahad – 8 jam
8.00 pg  – 5.00 ptg

Selama 8 bulan – 540 jam


3

Penjaga Jentera Elektrik
A4

Setiap hari isnin, selasa dan rabu – 3 jam
6.00 ptg –10.00 mlm

Setiap sabtu atau ahad – 8 jam
8.00 pg  – 5.00 ptg

Selama 10  bulan – 600 jam


4

Pendawai Satu Fasa
(PW2)

(Berumur 18 tahun ke atas)


Setiap hari isnin, selasa dan rabu – 4 jam
6.00 ptg  – 11.00 mlm

Setiap sabtu atau ahad – 8 jam
8.00 pg  – 5.00 ptg

Selama 6 bulan – 480 jam


5

Pendawai Tiga Fasa
(PW4)

(Berumur 18 tahun ke atas)

Setiap hari isnin, selasa dan rabu – 3 jam
6.00 ptg –10.00 mlm

Setiap sabtu atau ahad – 8 jam
8.00 pg  – 5.00 ptg

Selama 4 bulan – 240 jam


Tuesday, 28 August 2012

PENSIJILAN

Pelajar yang telah menamatkan PSME dengan jayanya akan dianugerahkan sijil setelah melepasi syarat-syarat yang ditetapkan oleh MARA dan ST. Sijil dan perakuan yang akan diperolehi adalah seperti berikut iaitu:

1. Sijil Kompetan MARA.
2. Surat Akuan belajar.
3. Perakuan Kekompetenan dari Suruhanjaya Tenaga setelah lulus ujian Teori, Amali dan Lisan dengan jayanya.

PENILAIAN

1. Pelajar perlu menduduki ujian kemajuan teori dan amali sebelum menduduki peperiksaan akhir termasuk ujian akhir lisan seperti yang ditetapkan

2. Mana – mana pelajar yang gagal ujian kemajuan dibenarkan membuat pengulangan ujian dalam tempoh masa pembelajaran.


3.  Peperiksaan Ujian Amali Akhir dan Ujian Lisan bagi PSME untuk semua kategori kekompetenan seperti yang dikehendaki dan disyaratkan pentauliahan Suruhanjaya Tenaga Malaysia.

4.  Pelajar PSME mesti didaftarkan untuk menduduki peperiksaan kekompetanan dengan berpandukan perkara-perkara berikut:

   i.   Pelajar yang hendak menduduki peperiksaan amali dan lisan mestilah lulus kesemua subjek.

   ii.  Pelajar yang hendak menduduki peperiksaan teori, amali dan lisan mestilah menghadiri 90% 
        kelas teori dan amali.
   iii. Semua pelajar dikenakan fee peperiksaan mengikut Perturan-peraturan Elektrik 1994.

5. Calon yang gagal Peperiksaan Kekompetenan Suruhanjaya Tenaga dibenarkan memohon Peperiksaan Ulangan dalam tempoh dua (2) tahun selepas menamatkan latihan di KKTM / IKM.


6. Calon dibenarkan menduduki Peperiksaan Kekompetenan Suruhanjaya Tenaga di pusat lain sekiranya KKTM / IKM asal tiada pelajar semester akhir pada sesi berkenaan.

PROSES PENGAJARAN &PEMBELAJARAN

1. Proses pembelajaran & pengajaran merangkumi pembelajaran teori dan amali. Silibus PSME hendaklah berpandukan silibus yang dikeluarkan oleh ST mengikut kategori.

2. Jumlah jam mengajar untuk subjek teori dan amali hendaklah berpandukan syarat yang telah ditetapkan oleh ST. Susunatur waktu pengajaran & pembelajaran hendaklah diadakan oleh penyelaras PSME pusat.

3. Kehadiran pelajar mesti tidak kurang 90% daripada jumlah jam belajar mengikut tempoh yang ditetapkan bagi kategori kompeten yang diambil.


4. Pelajar yang tidak hadir tanpa sebab boleh diambil tindakantatatertib mengikut peraturan semasa IKM/KKTM (seperti ditamatkanlatihan atau tidak layak menduduki ujian akhir dan sebagainya).

PERATURAN – PERATURAN DISIPLIN PELAJAR.

1. Semua pelajar PSME yang telah melapor diri di IKM/KKTM adalah terikat dan tertakluk dengan mana-mana klausa Peraturan-Peraturan Displin Pelajar IKM/KKTM Sepenuh Masa 

2. Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi mana-mana peraturan disiplin pelajar sepanjang tempoh latihan dijalankan.

3. Pelajar boleh dikenakan tindakan tatatertib atau diberhentikan terus daripada mengikuti latihan jika disabit kesalahan yang dilakukan sepertimana yang telah diperuntukan dalam Buku Peraturan-Peraturan Displin Pelajar IKM / KKTM.

4. Wang pengajian tidak akan dikembalikan sekiranya pelajar ditamatkan latihan atau menamatkan latihan sebelum PSME selesai.

TAWARAN

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh IKM/KKTM terlibat kepadamana-mana calon yang berjaya setelah mendapat kelulusan dan pengesahan kelayakan menduduki peperiksaan oleh Suruhanjaya Tenaga. 

2. Surat tawaran secara bersyarat boleh dikeluarkan oleh IKM/KKTM kepada mana – mana calon yang ditolak oleh pihak ST atas sebab dokumen permohonan tidak lengkap. Tempoh yang ditetapkan bagi calon melengkapkan semula borang permohonan tersebut mestilah tidak melebihi 2 minggu daripada tarikh surat tawaran dikeluarkan.
 

3. Sekiranya calon gagal melengkapkan semula borang seperti syarat 2 diatas yang dikehendaki oleh ST maka surat tawaran tersebut dengan sendirinya terbatal.

KELULUSAN DAN TAWARAN

1. Selepas proses temududa dan pemilihan calon telah disempurnakan oleh pihak IKM/KKTM ke BKT semua senarai calon pelajar berserta borang-borang permohonan yang telah lengkap akan dihantar ke Suruhanjaya Tenaga untuk tapisan terakhir semakan kelayakan
pelajar.


2. Jangkamasa proses kelulusan kelayakan seseorang calon pelajar bergantung kepada tindakan keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Tenaga.




PROSUDER KEMASUKAN

Permohonan untuk PSME perlu dibuat dengan melengkapkan dua ( 2 ) jenis borang seperti berikut;

1. Borang PSME 1 (Borang Permohonan Mengikuti Program Separuh Masa 
                                 Latihan Kemahiran MARA)
    Borang ini boleh didapati dimana-mana IKM, KKTM dan  Pejabat MARA

    berdekatan (Lampiran 3)
  
  
2. Borang ST(PE)1 Pind.4/2007 (Borang Permohonan Menduduki Peperiksaan 
                                                     Suruhanjaya Tenaga.)
    Borang ini boleh dimuat turun daripada laman sesawang Suruhanjaya Tenaga 
    iaitu www.st.gov.my (Rujuk Lampiran 4).


PERINGATAN : Borang yang telah lengkap perlu dihantar terus ke KKTM/IKM mengikut pilihan pusat temu duga pemohon.




PUSAT PSME YANG DITAULIAHKAN ST



BIL

KATEGORI

PUSAT PSME IKM / KKTM


1

Penjaga Jentera Elektrik A0


Sik, Sungai Petani, Kuala Lumpur, Johor Bharu,TSYA Pekan dan Kota Kinabalu


2

Penjaga Jentera Elektrik A1

Sik, Sungai Petani, Lumut, Kuala Lumpur, Jasin, Johor Bharu, TSYA Pekan dan Kota
Kinabalu.


3

Penjaga Jentera Elektrik A4


Lumut, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan TSYA Pekan.


4

Pendawai Satu Fasa (PW2)

Beseri, Sik, Sungai Petani, Jasin, Johor Bharu, TSYA Pekan, Kuala Lumpur, Besut dan KKTM Pasir Mas.


5

Pendawai Tiga Fasa (PW4)

Beseri, Sik, Sungai Petani, Lumut, Kuala Lumpur, Jasin, Johor Bharu, TSYA Pekan, Besut dan KKTM Pasir Mas.

SYARAT KELAYAKAN TEKNIKAL & PENGALAMAN KERJA


BIL
KURSUS
KELAYAKAN KURSUS SEPARUH MASA UNTUK MEMDUDUKI PEPERIKSAAN ST

1

Penjaga Jentera Elektrik
A0

(Berumur 20 tahun ke atas)

i) Pengalaman kerja 3 tahun dalam bidang kerja elektrk dengan pengendalian litar hidup serta memiliki buku log
ATAU
ii) Memiliki Perakuan Pendawai yang didaftarkan atau sijil Polikteknik dengan pengalaman kerja 2 tahun pengendalian kelengkapan elektrik serta memiliki buku log.


2

Penjaga Jentera Elektrik
A1

i) Pengalaman kerja 3 tahun termasuk 1 tahun pengalaman talian atas serta memiliki buku log
ATAU
ii) Memiliki PJE A0 dengan pengalaman kerja 1tahun talian atas dan 1 tahun pengalaman pengendalian kelengkapan elektrik serta memiliki buku log.
ATAU
iii) Memiliki Perakuan Pendawai yang didaftarkan dengan pengalaman kerja 2 tahun dan 1 tahun talian atas serta memiliki buku log.


3

Penjaga Jentera Elektrik
A4

i) Memiliki PJE A0 yang didaftarkan dengan pengalaman kerja 1 tahun janakuasa segerak dan 1 tahun pengendalian talian atas serta memiliki buku log
ATAU
ii) Memiliki PJE A1 yang didaftarkan dengan pengalaman kerja 1 tahun janakuasa segerak serta memiliki buku log
ATAU
iii) Memiliki Perakuan PJE A4 – 1 yang didaftarkan dengan pengalaman kerja 1 tahun janakuasa segerak serta memiliki buku log
ATAU
iv) Memiliki PJE A4 – 2 yang didaftarkan dengan
pengalaman kerja 1 tahun janakuasa segerak dan 1 tahun pengendalian talian atas serta memiliki buku log.


4

Pendawai Satu Fasa
(PW2)

(Berumur 18 tahun ke atas)



Mempunyai pengalaman kerja 2 tahun dengan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga serta memiliki buku log.

5

Pendawai Tiga Fasa
(PW4)

(Berumur 18 tahun ke atas)

Memiliki Perakuan PW1 / PW2 yang didaftarkan setahun daripada tarikh sijil dikeluarkan dengan pengalaman kerja dengan Kontraktor Pendawaian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga selama 1 tahun serta memiliki buku log